Mandalay terkini (1948 sekarang) Mandalay

Burma mendapat kemerdekaan dari penjajah British pada 1948. Beberapa universiti dibina seperti Universiti Mandalay, Universiti Perubatan dan Akademi Pertahanan Burma.

Pada 1959, Mandalay merayakan Festival 100 tahun Mandalay bertempat di kaki Bukit Mandalay. Setem khas dikeluarkan.

Jeneral Ne win (1962—1988) melaksanakan dasar isolasi / pengasinan. Pada 1980-an, bandar Mandalay hanya mempunyai bangunan setingkat dan dipenuhi dengan basikal sahaja. Mei 1981, kebakaran memusnahkan 6000 rumah. 36.000 hilang tempat tinggal. Kebakaran pada 24 Mac 1984 memusnahkan 2700 rumah dan 23.000 hilang tempat tinggal. Kebakaran pada Februari 2009 memusnahkan 320 buah rumah dan 1600 hilang tempat tinggal.

Ramai pendatang China dari wilayah Yunnan dan Sichuan masuk terutama selepas kerajaan tentera memerintah sejak 1988. Seramai 300.000 orang Yunnan berhijrah ke Mandalay membentuk 30-40% penduduk bandar. Pendatang China membuka perumahan, hotel, perniagaan dan pusat beli-belah. Festival 150 tahun Mandalay dirayakan pada 15 Mei 2009.

Mrskipun muncul Naypyidaw sebagai ibu negara Burma yang baru sejak 2006, Mandalay terus menjadi bandar komersial yang utama di utara Burma.